Monday, August 1, 2011

Ahlan Wa sahlan ya Ramadan..Wekam..wekam..:)

السـَّلامُ عـَـلـَـيـْـكـُـمْ
Alhamdulillah..dh masuk bulan paling barakah.. Klau nak tambah kredit untuk akhirat,bulan inilah paling sesuai dan paling patut kita kejar untuk membuat amal ibadat dan kebajikan.. By the way, ummi ingin mengucapkn selamat berpuasa kepada sumer umat Muhammad.. Moga Ramadan kali ini diisi dengan amalan yang diredhai Ilahi.. Berpuasalah seperti orang2 beriman, bukan orang2 kebiasaan.. Orang2 beriman berpuasa kerana Allah..berlumba2 mencari keredhaan Allah..bangun malam untuk qiamulail,berzikir,bersedekah,banyakkan membaca Al-Quran dan mcm2 ibadah boleh dilakukan untuk meningkatkan saham akhirat.. Tapi,orang2 kebiasaan tetap berpuasa, cuma bulan puasa tiada keistimewaan baginya,bezanya cuma menahan dari makan di siang hari.Amalannya tetap sama.. tidak pula berlumba2 ke masjid, malah berlumba2 ke bazar Ramadan. Ada juga segelintirnya minat ke masjid, tetapi niatnya lari sket..semata2 nak dapatkan juadah percuma. Malah, siap ade list masjid untuk berbuka free.. Moga kita gunakan masa sebulan ramadhan ini dengan sebaik2nya.. Moga kita sama2 peroleh keberkatanNYA..InsyaALLAH...


Jangan lupa niat puasa ye..
Lafaz niat untuk sebulan puasa
niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)
niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Nak berbuka,Doa dulu..
Doa berbuka Puasa
doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Selamat berpose sumer..:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...