Wednesday, August 24, 2011

BF mom..



Barakallahu lakum.

BREASTFEEDING...Itulah impian ummi sebaik mengandungkan Wafa Sofea...
Ditambah pula banyak ayat Al-Quran & hadis yang menyarankan penyusuan susu ibu.

Firman Allah Taala dalam surah Luqman ayat 14 :
Maksudnya : "Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Firman allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 233:
Maksudnya : "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu".

Imam As-Syafie berkata
"Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan".

Kelebihan menyusukan anak :
Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan.
Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Gigih ummi kumpul duit untuk membeli
Medela freestyle breastpump. The best breastpump in the world. I love it..:)
Masa ummi beli harganya RM1600+. Tapi sekarang maybe dah murah sikit.. Bagi yang tak mampu beli, manual pump pun dah memadai. Ummi pun sebelum beli Medela ummi dah try beberapa jenis pump seperti Battery operated pump Pureen, & Pam manual ANAKKU. Tapi tak sesuai dengan ummi, keluar sikit je susu padahal bila ummi perah guna tangan banyak pulak. Then guna Medela memang mencurah-curah..Alhamdulillah..

Ummi start pumping session masa ummi start bekerja. Sepanjang ummi berpantang & bersama Wafa Sofea ummi langsung tak buat stok..huhu. Memang silap ummi tak buat stok dari awal, that's y now ummi gigih kais pagi makan pagi untuk feeding keesokannya untuk wafa..huhuhu..Adalah pump jugak tapi hanya untuk mengurangkan bengkak susu je..Buat stok pun if ummi nak pegi belajar memandu(Ummi cuti confinement 3bulan,sebulan tu sempat gi blajar memandu keta tau..hehe). That's all. Selebihnya ummi direct feeding je.. Direct feeding best.. Ummi boleh belai & sembang2 dengan wafa..macam bagi botol tak boleh sembang kan..hehe.

So, sekarang ummi menjadi pengepam tegar di ofis & di lab. Kalau gi kursus, orang lain bawak file je, ummi dengan beg besar dalamnya ada pump n cooler beg lagi.huhu..Time rehat berkejar-kejar pegi surau untuk solat & terus pam.tapi ummi bangga & terharu jika ada makcik2/kakak2 yang memahami tanya ummi.."Bagi anak susu badan ke..?" Sambil tersenyum, ummi jawap "A'ah...susu badan". Diorang selalu akan cakap "Bagusnya awak...lagipun susu badan untuk anak sihat kan?". Alhamdulillah..setakat ni ummi tak pernah lagi berdepan dengan orang yang condemn susu ibu ni..Kalau kat ofis, ummi pam kat meja ummi je...senang. Alhamdulillah..bos ummi, prof, pegawai sains n staf-staf kat dalam jabatan ummi support breasfeeding. Kalau ummi ngah pumping, tiba-tiba ada prof/Dr. or students hantar samples or nak jumpa ummi, staf-staf yang tahu ummi tengah pam akan cakap: "xpe Reen, akak tolong cover". Ummi bersyukur sangat...


Ni sesi mengepam ummi di ofis. Kalau perasan, botol besar belah kanan & botol kecil belah kiri. Bermaksud hasil belah kanan lebih banyak, kadang2 sampai melimpah. Tapi belah kiri paling banyak pun 3 Oz. Ini disebabkan Wafa Sofea suka minum belah kanan.huhu...So, stimulating belah kanan lebih.
Alhamdulillah...rezeki Wafa Sofea..
Susu yang dipam di ofis ummi akan simpan di dalam fridge ofis. Then nak bawak balik rumah ummi letak dalam cooler bag. Dah sampai rumah trus masukkan dalam fridge. Sebelum tu ummi nak ingatkan selepas pam susu dalam botol, pastikan kita label tarikh & masa kita pam susu bagi mengelakkan susu-susu di dalam freezer dapat digunakan sebelum tarikh luput(sebelum 3bulan)..

**Oh ya, jika kita nak campurkan susu yang dipam pada masa berlainan, make sure dalam tempoh 24jam & suhu susu sama ye. Contohnya, pukul 9am ummi pam dapat 3 Oz, then kul 12noon ummi pam dapat 3 OZ lg. So, ummi simpan kedua-dua botol dalam fridge lbh kurang 1/2 jam untuk samakan suhunya, baru ummi campurkan kedua-duanya jadi= 6 Oz..


Ni cara penyimpanan EBM(Expressed Breast Milk).
Tapi ummi's rules=3 rules
Dalam bilik/suhu bilik=3 jam
Dalam fridge=3hari
Dalam freezer=3 bulan
Easy to remember right?

Cara cairkankan susu WAFA SOFEA
~Kalau EBM yang beku(dalam freezer/peti beku), ummi akan keluarkan siap-siap transfer masuk fridge(peti sejuk)sebelum masuk tidur untyuk dicairkan semalaman.. Make sure pilih botol yang bertarikh paling lama. Esok pagi insyaALLAH susu dah cair. Atau kalau ummi tidur lewat & takut susu tak sempat cair, ummi rendam dalam bekas berisi air dan terus masukkan dalam fridge. Yang ni confirm susu akan cair esoknya..

Pengendalian susu WAFA SOFEA

1. Botol susu Wafa di tag dari No. 1-5
   ( 3 Oz @ 4 Oz diisi setiap botol)
2. Bagi susu ikut turutan No.1-5
   (sebab No. 1-3=frozen milk, 4&5=fresh milk..So,if no.5 xdigunakan, still boleh simpan
untuk keesokan hari)
3.Bagi susu pada Wafa setiap 2 atau 3 jam
   (tapi kalau dia still lapar, bagi je..Yang penting mesti habiskan susu no.1-4)
Cara panaskan susu
4. Keluarkan susu dari fridge untuk panaskan.
   (Susu tu akan ada 2 lapisan foremilk-cair & hindmilk-pekat. So, sebelum panaskan kita mesti goyangkan botol tu dulu untuk sebatikan susu. Jangan goyang terlalu kuat macam goyang susu tepung. Nanti hilang zatnya. Goyang manja gitu)

5.Isikan air dalam warmer & masukkan botol dalam warmer dan setkan suhu 1 1/2(warmer)= 37 C.
6. Rasa susu samaada panas @ suam sebelum bagi wafa minum.
Note:
7. Susu yang wafa belum minum tapi dah dikeluarkan dari fridge perlu dihabiskan dalam 3-4jam.
8. Susu yang wafa dah minum tapi tak habis time tu perlu dihabiskan dalam masa 1jam selepas tu.
9. Susu frozen yang dah dicairkan perlu habiskan dalam masa 24jam.
AMARAN KERAS !!!
- JANGAN cairkan EBM beku dalam suhu bilik.
- JANGAN gunakan microwave untuk mencairkan EBM beku kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu.
- JANGAN masak EBM beku di atas api, ini juga akan memusnahkan khasiat susu ibu.
- Elakkan memanaskan susu diawal pagi dan memasukkan ke dalam termos kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam sahaja.
- Susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula.
TIPS
- Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi minum.
- Pangku bayi anda ketika memberi EBM
- Rangsang bayi anda dengan berborak bersama baby dan berikan banyak senyuman.
- Sesudah minum, BURP kan bayi anda.

Cara ummi senang je...Ummi buat poster note & tampal kat fridge & bagi kat baby sitter wafa untuk dia tampal kat fridge dia jugak..:) Untuk maklumat semua, ummi sediakan warmer untuk babysitter(mama wafa). So, senang mama nak panaskan susu wafa, tidak perlu memanaskan air semata-mata untuk merendam susu.
Penggunaan warmer amat digalakkan kerana suhu boleh di set pada suhu 37 C. Suhu melebihi 40 C boleh merosakkan nutrient.


Ni warmer yang ummi guna..Jenama Tommee Tippee..
Suhu 37 C = ummi setkan pada laras 1 1/2 (suam)
Sharing is caring..Sape nak,bolehla mintak kat comments ye..Nanti ummi bagi izin right click..:)

Nota ummi:
Sambil pumping, kita boleh berselawat, membaca Al-Quran serta membaca buku ilmiah. Selalulah berdoa kepada ALLAH agar dimurahkan rezeki anak & dipermudahkan urusan menyusukan anak sehingga dia berusia 2 tahun..Moga anak kita menjadi anak soleh-solehah & diberkati ALLAH..

Sunday, August 21, 2011

Wafa's Growth Spurts

Is your baby suddenly clamoring for more food? Is your baby breastfeeding more than usual? Is your  baby will be up more often at night? Your baby will be crankier than usual?? He/She may be going through a growth spurt(GS). Tahu x ape itu Growth Spurt?? atau pernah dengar orang panggil PECUTAN PERTUMBUHAN.. ataupun maktok wafa selalu panggil BERALIH HARIBULAN..

Wafa selalunya mengalami Growth Spurt 5hb coz dia lahir 5hb Dec.. Tapi masa dia 5,6,7 month je.. Start 8month ni xde dah.. Yang mengagumkan ummi,Wafa nyer GS best sket.. Dia bukan saja demand on breastfeeding(sometimes almost 4 or 5 times just wake up for bf).. Sambil BF sambil mulut bising dok cakap bahasa German celupnya..Ape yang dibebel pn ummi xfaham..hehe..Tapi so cute.. n as usual n kebanyakan baby in growth spurt akan mengamuk n meragam je.. Serba x kena.. Nak kata perut kembung pun x.. Lau baby yang BF macam wafa nak mengempeng je..Susu ibu memang on demandla.. Tapi ummi suka,tupun lau weekendla.. Kalau wafa GS time weekdays n ummiAbi kje pulak, sian kt mama(Babysitter wafa). Tapi yg ummi nak story ni about Wafa' GS, lain sket.. Dia x mengamuk mcm kebanyakan baby lain yg GS, tapi dia tersangatla manja...Nk mengempeng tu wajiblah,tapi nak UmmiAbi peluk n dakap dia jerr.. Alahai sayang ummi..Comeyynyerr..:) Nk tido pn abi kena letakkan kat dada baru nak tido, lau dah lena tu trus angkat letak atas tilam dia..tapi boleh bangun tegak je kepala tengok kanan kiri..So,abi kenalah melayan wafa tido macam tu sampai wafa betul2 lena diulit mimpi..hehe..Time ni wafa still boleh letak atas tilam, asalkan UmmiAbi ada disisinya. Contohnya ummi lipat kain,tengok tv n mengemas sume disisi wafa.. Lau tiba2 hilang dari pandangan dia, Wafa akan memanggil2.."Enh..enh.." n bunyi nak nangis,tapi x nangis pun.. Xkuar air mata pun. Bunyi je lebih,then ummi pegi kat dia..Trus tersengih n kaki bergoyang2 teruja..kih3..Pandai btul berlakon..hehehe.. Tapi sekejap je GS ni.. Esoknya everything back to the normal.. Wafa dah boleh dok atas tilam sorang2,main permainan dia.. Xpanggil2 UmmiAbi lg.. Cuma lau time dia dah boring n lapar tu,dia panggillah..he.. K,layan pic kitorang(UmiAbi) melayan si manje ni..:)
Abi melayan wafa sambil tengok tv..:)
Abi kne dodoi2 dlu..lalala

Sleepy already..Nk tido dah tu..tp nk abi peluk lagi..hehe

Tengokla, ke dapur pn ummi angkut..hehe.. Dia memang suka lau gi dapur..(Siap sengih tuuu..)
-Ni time ummi balik dari keje, trus masak..,wafa lak xnak duduk. So,sementara tunggu abi mandi, ummi boh dia dlm baby carrier..dh settle sumer baru bersihkan diri..hihi-

Ni nak basuh pinggan..dia dh mula ngantuk tu..Mata dah kuyu..heh~

Done my chores.. Wafa pn hepy coz dpat berkepit je ngan ummi..;p

Wednesday, August 17, 2011

kelahiran mujahidah lagi..hee

Fresh from ummi's womb...Welcome my fruitliver(buah hati..hehe)..

Sape2 penah dengar x lagu "Puteriku sayang" by Hijjaz..?? Sedap sangat.. Abi yang tujukan lagu tu buat puteri sulung kami.. Kata2 dalam lagu itu juga membuatkan ummi terharu.. Moga Wafa Sofea seorang  anak perempuan yang solehah buat ummiAbi..Amin..Amin..Amin..:)Aduhai..puteriku sayang..Kau bunga kebanggaan UmmiAbi..

Kelahiran Mujahidah UmmiAbi..

السـَّلامُ عـَـلـَـيـْـكـُـمْ Salam dear.. Semalam ummi dan wafa tido hampir kul 2am. Wafa tersangatlah cergas & active selepas balik berbuka puasa dengan anak2 yatim anjuran ofis abi.. Abi dalam kul 10lbh tu dh terlentok dah..Xpela,sian abi,dia drive.. So,ummi melayan wafa jelaa..sambil kemas  & sterilize botol2 wafa yang mama(babysitter wafa) bagi ptg tadi.. Wafa asyik gelak je mlm tadi,best btul..:)Agah sket,dh sengih2... Smbil2 tu,snapla muka comey dia utk tatapan di ofis nanti..hehe..
Pagi tadi, picwalking gmbar2 dlm folder.. Tersenyum2 tengok.. Alhmdulillah tengok perkembangan wafa dari kecik sebesar 1.7kg sampai dah 5kilo dah ni..hehe. Dulu dukung dia xterasa ape pn..Sekarang,dah lenguh2 dah tangan ummiabi..*sigh*..Syukurlah~
Time flies...Suddenly I remembered the past, reminding those moments that can't be forgotten that gave birth to our princess,moments of pregnancy..moments of birth..Klakar pn ade..

That time memang zero experience,yela..1st time kn..? Imaginela,due date Dr. bagi 11/01/2011.. So,lg sebulan nk due xdela watpe sgt.. Tp dengan ketentuan ALLAH SWT,Wafa telah termaktub untuk keluar melihat dunia pada 5 Disember 2010..hihi,cpt sgt nk kuar ank ummi ni..;)
~Smpai PPUM lbh kurang kul 3pm-Alhamdulillah,ummi masih xsakit pape. Dr. suruh rehat dlm labour room,tp ummi bangun gi jumpe abi kat luar. Borak2 kejap ngan abi..hehe. Then Dr. continue check up ummi n baby dalam perut. 3org pakar datang check ummi coz ummi kan nk deliver prematured baby. So,Dr. wat CTG(Cardiotocographic) untuk monitor kadar jantung baby. Lewat ptg tu, pakar2 yang check ummi tadi msuk dlm labour room(kali ni,tambah lg 4 org pakar). Diorang menjelaskan pd ummi risiko melahirkn prematured baby ni. Masa ni abi dipanggil masuk labour room. Ummi yang suggest dgn mata berkaca2..Haha,trick je ni,asalkn my habibi dapat masuk teman ummi..ekekek..Memandangkan ummi baru 34minggu(should be another 5or6weeks to go) tetapi air ketuban dh kluar n takut baby lemas coz kekurangan air ketuban, so Dr suggest ummi utk bersalin dalam minggu ni jgk. Before that, Dr. gave me a medicine to accelerate baby's lung developt + ubat tido.huhu..So painful..Ni 1st time in the whole of my life i've been given the painful injection like that(masa ni sakit injection je,xsakit nak bersalin). So, effects of the painful injection made me drowsy and fell asleep until 8pm..huhu(masa ni tido memang bestt..xde org kaco,sejuk berair-cond lak tu..hehe).Dalam kul 8pm, abi gi solat bcoz Dr. pn ckp yang ummi kemungkinan akan bersalin esok. Then masa tu juga ummi tiba2 terjga n rase de "sumthing" nak kluar..huhu,that's our baby!! Wafa..wafa..nk kuar xbg hint,trus je kuar..trkezut ummi smpai terjaga dari mimpi..heh~ Ummi trus panggil Dr., Dr. kata maybe contraction,tapi bila ummi cakap macam de sesuatu yang kuar,dia check n terasa de kepala kuar n Dr. pn ape lg,"Nurse!Cepat!" menggelabahla siap pe yg patut...Kelam kabut jadinya.. Yela..diorang expect esok bersalinnya.. haha..When I say that I was ready to push, I mean ready! I couldn't have stopped it if I had tried. Lagipun masa tu ummi ngantuk sangat, Kiranya nak bersalin cepat2,then nak sambung tido..bleh plak..kekeke.. Ntahla, macam tak sakit pun beranak...Alhamdulillah,maybe sebab ngantuk kot. Bagus gak makan ubat tido ni..heh~
Alhamdulillah dengan izin Allah,berkat surah Maryam yang ummi selalu baca,dengan 2kali push, dengarla suara comey Wafa Sofea dengan berat 1.7kg(sooo small,comeyy jew). Ummi nampak muka wafa...Waahh..comelnyerrr, 1st time ummi rasa ummi tengok baby girl yang paling comel di dunia..haha, Setiap parents mesti rasa baby dia paling comel kan..?Jangan tipuuuu..btul x?hehe..
Dr. yang menyambut tu trus senyum kat ummi.."cangratz dear" kcik comey mcm mak dia..hehe. (It was so surreal. I actually cried a bit because it felt so natural.haha..)



Sempat abi snap status Labour room tu..Ummi 1st mom-to-be.. on that day:)


Wafa masa di PPUM, aceli wafa no need incubator pn(tengokla,dia tak pakai apa2 bantuan pernafasan pun..clever girl..), tapi baby2 yg ditempatkan di NICU/SCN kena masukkan dlm incubator. Wafa hanya perlu tube kcik(kt mulut) utk nurse msukkan susu ibu(yg ummi perah).Masa ni wafa xreti sucking lg..So,pkai drip tube, Susu itu akan trus msuk ke dalam perut.. So,wafa kenyang jela..hehe
Esoknyer ummi dah bleh balik,,tp wafa kena tahan dulu coz xcukup berat..(Prosedur hosp,baby bawah 2kg warded utk pemantauan)Dr. cakap wafa cuma kurang berat, tapi lung,heart n breathing development dia perfect..Wow,Amazing baby..Alhamdulillah,syukur padaMU Ya ALLAH.Syukurla,Ummi bangga denganmu sayang,walaupn prematured n berat 1kg lbh je tp wafa kuat..Ramai macam xpercaya.Siap de kata ummi salah kira tarikhla..Dr. bagi due date silapla..Haisshh,mcm2..Tp xpela,asalkan sume slamat. Ummi sedih sangat masa kluar tu~Dhla diorang separatekan ummi ngan wafa. Ummi berpantang kat umah MakLong di Ampang coz senang,kt umah mklong ade tukang urut n maklong pn dapat teman ummi. Layanan maklong memang superb..Trima kasih sangat yg xterhingga buat mklong sbb menjaga  ummi masa ni. Hanya ALLAH dapat membalas budi baik maklong. Ummi sentiasa doakan maklong skeluarga dalam doa2 solat ummi. Moga Allah memakbulkannya.Amin..So,buat masa ni ummi kenalah pump susu ibu n abi akan hantar ke ppum setiap hari. Sian abi,berulang-alik setiap hari Ampang-KL untuk tengok Wafa dan ummi. So,dalam seminggu macam tu,Ummi n abi decide utk transfer wafa ke Hospital Ampang,dekat sket dengan ummi lagipun Hosp Ampang adalah hosp rakan bayi yang menyediakan rooming in 100%(ibu dikehendaki duduk sebilik dengan anak n breastfeeding anak sampai anak discharge). PPUM juga merupakan hospital rakan bayi tetapi ward n katil terhad utk rooming in..Then,Wafa ditransfer ke Hosp Ampang weekend tu jgk dengan menaiki ambulans(Abi ikut di belakang..he)
Di Hosp Ampang ummi n wafa ditempatkan di ward NICU(Neonatal Intensive Care Unit). Sepanjang berada di NICU ward, berat wafa makin naik dari sehari ke sehari..(Alhamdulillah berkat susu ibu).Wafa pn asyik tido je,sampaikan nk minum susu pn jenuh ummi kejutkan.. Hari2 jugakla Abi datang jenguk kitorang n bawak balik baju2 kotor ummi untuk dibasuh,esoknya abi akn bawak baju2 yang bersih pula.. Waktu lunch abi tak makan tapi dia akan trus melawat ummi n wafa. Masa ni,bila ummi suap baru nak makan. Xlalu katanya, selagi ummi n wafa x kuar hospital..huhu,sian abi..kurus sket time tu.. Alhamdulillah, bila berat Wafa lbh kurang 2kg, Ummi minta untuk discaj. Lagipun masa tu maktok dah sampai Ampang untuk amik Ummi n Wafa bawak balik kampung.. Saat2 yg ditunggu ummi,bersenang lenang(berpantang) di kampung yg nyaman..Perlis.. Best woo..Lagi2 ummi dapat cuti bersalin 90hari(siap amik lesen kete kt kg. lg) haha.. K,la..layan pic wafa masa admitted aritu jela.. Nk citer memang pjg lg ni..Tp, nanti bowink lak kn..?heheee
Kecik je wafa kn..?Masa ni ringan jerr..hehe

Hari-hari abi datang bacakan ayat2 suci Al-Quran untuk wafa, sambil berbual2 dgn wafa..:)


Wafa tido jerr..Langsung x meragam..Alhamdulillah..


Sleeping beauty



2hari wafa kena dok bawah UV light ni coz de jaundice sket..Masa ni ummi nangis tengok anak ummi tido macamtu..

Mcm2 gaya dh, gaya sujud nk solat ni..:)

Ni pampers newborn taw..besaq kn..?Nk wat cmne kn..nilah pampers plg kcik,tp still besar utk wafa..hihi


Nilah hasil selepas kena UV-light, kulit wafa trus jadi kering n dah bertukar color.. Sian ank ummi,ibarat kena jemur bawah sinaran matahari.. Tp xpela..nanti besar elok balik maktok kata..:)

Wednesday, August 10, 2011

Rindunyerr pada Rasulullah...

السـَّلامُ عـَـلـَـيـْـكـُـمْ

Selawat ke atas junjungan Rasul Kita, Nabi Muhammad SAW... Bulan mulia ini terasa rindu buat kekasih ALLAH yang dikasihi ini. Rasullullah contoh teladan yang amat baik. Terlalu perfect..
Ummi nak kongsi sket kisah Rasulullah yang amat ummi kasihi..terharu sangat,Ni baru sket.. Lau baca kisah Rasulullah sepanjang hidup baginda, betapa terharunya kita mengetahui kemuliaan hati kekasih ALLAH ini... Nanti ummi sharing2 lg ye..:) Kisah2 baginda ini patut dicontohi dan diteladani...
1) Kalau ada  pakaian yang koyak, Rasulullah
menampalnya  sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya.  Beliau juga memerah susu
kambing untuk  keperluan
keluarga mahupun untuk  dijual.


2)  Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat
tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum  baginda
menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur.  Sayidatina
'Aisyah menceritakan  'Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu  membantu
urusan rumahtangga.


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai  sembahyang.'


4) Pernah baginda  pulang pada waktu pagi.
Tentulah baginda  teramat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya  tiada apa pun yang
ada untuk sarapan.  Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina  'Aisyah
belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
Khumaira?' (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah  yang
bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah,  'Belum
ada apa-apa wahai
Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku  puasa
saja hari
ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut  wajah baginda.


5) Sebaliknya  baginda sangat marah tatkala
melihat  seorang suami sedang
memukul isterinya.  Rasulullah menegur, 'Mengapa
engkau memukul  isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan  agak gementar,
'Isteriku sangat  keras
kepala! Sudah diberi nasihat dia  tetap degil juga, jadi
aku pukul lah  dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,'  sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan  mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan  ibu kepada
anak-anakmu? '


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik  lelaki
adalah yang paling  baik,kasih
dan lemah lembut terhadap  isterinya.' Prihatin,
sabar dan  tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua  keluarga langsung
tidak sedikitpun  menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin  umat.


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam  solat.
Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun  ke
satu rukun yang lain amat
sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup  seolah-olah
sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser  antara
satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda  itu
langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,


'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah  tuan
menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan  segar.'


'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan
menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di  tubuh
tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.


Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya.  Para
sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti  sehelai
kain yang berisi batu
kerikil, buat untuk menahan rasa lapar  baginda.
Batu-batu kecil itulah yang  menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap  kali
bergeraknya tubuh baginda.


'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan  lapar
dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak  para
sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu.  Tetapi
apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai  pemimpin,
menjadi beban kepada
umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku  kelak
tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan  di
Akhirat kelak.'


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung  sedikitpun
makan di sebelah  seorang
tua yang dipenuhi kudis, miskin dan  kotor.


9) Hanya diam dan bersabar bila kain  rida'nya
direntap dengan kasar  oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas  merah di
lehernya. Dan dengan penuh  rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang  dikencing
si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan  itu.


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH  swt
dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw  menolak
sama sekali rasa ke  tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari  ALLAH
langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain,  ketika
di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.


12) Pintu Syurga telah terbuka  seluas-luasnya
untuk baginda,  baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu  sepi malam hari,
terus-menerus  beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh  lantaran kakinya
sudah  bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah  tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya  yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina  'Aisyah, 'Ya
Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau  masih
bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah,  bukankah
aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi  hamba-Nya
yang bersyukur.'

Subhanallah sungguh tinggi pekerti baginda Rasulullah SAW

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH  PESANKU
WALAUPUN SEPOTONG
AYAT"
sumber: Uncle Google n Rahsia Perkahwinan..Syukran Jazilan

Tuesday, August 2, 2011

1st time puasa+breastfeeding dibantu oleh KURMA

السـَّلامُ عـَـلـَـيـْـكـُـمْ
Salam dear.. harini ummi macam penat sikit.. Entahla,maybe bangun sahur pagi tadi tak makan nasi, juz sandwich peanut butter+air nestum +kurma.  Tapi masih bertahan..Alhamdulillah..coz xlapar,cuma tekak rase haus je. Xpela as long as production susu x merudum utk ank ummi minum nanti.. Susu yang dipump kul 10am tadi Alhamdulillah,dapatlah 6Oz even lau bln biase ummi dapat 7-8Oz.. It's ok,puasa kn..?Air pun dehydrated dlm badan ni..

As usual, belah kanan lagi banyak..;)
Tapi betullah orang cakap kurma adalah serat yang baik.. Ummi lau sahur x makan kurma memang dehydration sangat. Letih semacam je..macam xmakan sahur.

Meh sini ummi share sket sal khasiat kurma:
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Diserap Serta-merta: Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.


 So,ummi nasihatkan pada all muslim especially BF mums, lau xlalu makan nasi or makanan berat2,bolehla diganti dengan kurma supaya badan anda sentiasa bertenaga walaupun berpuasa...:)

Monday, August 1, 2011

Ahlan Wa sahlan ya Ramadan..Wekam..wekam..:)

السـَّلامُ عـَـلـَـيـْـكـُـمْ
Alhamdulillah..dh masuk bulan paling barakah.. Klau nak tambah kredit untuk akhirat,bulan inilah paling sesuai dan paling patut kita kejar untuk membuat amal ibadat dan kebajikan.. By the way, ummi ingin mengucapkn selamat berpuasa kepada sumer umat Muhammad.. Moga Ramadan kali ini diisi dengan amalan yang diredhai Ilahi.. Berpuasalah seperti orang2 beriman, bukan orang2 kebiasaan.. Orang2 beriman berpuasa kerana Allah..berlumba2 mencari keredhaan Allah..bangun malam untuk qiamulail,berzikir,bersedekah,banyakkan membaca Al-Quran dan mcm2 ibadah boleh dilakukan untuk meningkatkan saham akhirat.. Tapi,orang2 kebiasaan tetap berpuasa, cuma bulan puasa tiada keistimewaan baginya,bezanya cuma menahan dari makan di siang hari.Amalannya tetap sama.. tidak pula berlumba2 ke masjid, malah berlumba2 ke bazar Ramadan. Ada juga segelintirnya minat ke masjid, tetapi niatnya lari sket..semata2 nak dapatkan juadah percuma. Malah, siap ade list masjid untuk berbuka free.. Moga kita gunakan masa sebulan ramadhan ini dengan sebaik2nya.. Moga kita sama2 peroleh keberkatanNYA..InsyaALLAH...


Jangan lupa niat puasa ye..
Lafaz niat untuk sebulan puasa
niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)
niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Nak berbuka,Doa dulu..
Doa berbuka Puasa
doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Selamat berpose sumer..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...